X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Penang Hill Festival 2021 dibatalkan

Bukit Bendera - Foto Bernama
A
A

GEORGETOWN - Penang Hill Festival 2021 (PHF2021) yang dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 18 Julai ini terpaksa dibatalkan berikutan kebimbangan penularan Covid-19 ketika ini.

Menurut Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP), pembatalan penganjuran festival tahunan tersebut mengambil kira perkembangan terkini mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan dan pengumuman mengenai Pelan Pemulihan Negara.

"PBBPP berharap dapat menganjurkan PHF2022 pada tahun hadapan dan ingin merakamkan penghargaan kepada semua atas sokongan berterusan terhadap Bukit Bendera selain turut menantikan masa yang sesuai bagi semua pihak agar dapat bertemu kembali dengan selamat dalam suasana sosial besar," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu, orang ramai boleh melayari laman sesawang PBBPP di www.penanghill.gov.my atau ikuti halaman Facebook rasminya di www.facebook.com/mypenanghill bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai Bukit Bendera.

Penang Hill Festival (PHF) adalah acara tahunan dianjurkan oleh PBBPP bertujuan menawarkan peluang pendidikan serta mengajak orang ramai untuk menikmati keindahan alam semula jadi, di samping mempelajari tentang alam eksotik, kekayaan sejarah dan warisan budaya yang menarik di Bukit Bendera. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!