Segerakan suntikan vaksin kepada pemandu teksi, kereta sewa: GTSM

Kamarudin
Kamarudin
A
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) merayu kerajaan mempertimbangkan permohonan mereka agar pemberian vaksin dapat disegerakan kepada pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara termasuk di Sabah serta Sarawak.

Yang Dipertuanya, Kamarudin Mohd Hussain berkata, pemain industri khususnya pemandu teksi antara golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak Covid-19 kerana terdedah secara langsung dengan penumpang.

"Faktor usia pemandu-pemandu kami yang telah berusia juga membimbangkan kami, malah terdapat juga beberapa ahli kami telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

"Sehubungan itu, kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan ini dan memudah cara dalam pemberian vaksinasi kepada ahli-ahli kami di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kamarudin memberitahu, beliau juga telah menghantar surat permohonanan penyegeraan vaksin kepada seluruh ahli GTSM kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Jumaat.

"Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepad Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang turut melihat isu pemberian vaksin kepada pemain industri perkhidmatan dan pengangkutan awam darat sebagai satu perkara yang perlu diberi perhatian," katanya.

Artikel Berkaitan: