X

Kindly register in order to view this article
!

Sabah sedia adakan sidang DUN jika keadaan mengizinkan: Hajiji

Hajiji Mohd Noor
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah sedia untuk mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa sekiranya keadaan mengizinkan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

Hajiji berkata, beliau telah berbincang dengan Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim Yahya semalam (Khamis) susulan kenyataan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

"Kerajaan negeri akan meminta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu dan sedia untuk bersidang semula dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Jumaat.

DUN Sabah kali terakhir bersidang pada 18, 21, 22 dan 23 Disember tahun lepas, menyaksikan Hajiji membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2021 pada 18 Dis sebelum diluluskan pada 23 Disember. -Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!