Artis lawan peminat

Fizz Fairuz - Foto Instagram
A
A

HARI ini bertempat di Stadium Perbandaran Manjung, Perak, Datuk Fizz Fairuz bekerjasama dengan Secret Desire menganjurkan perlawanan bola sepak persahabatan iaitu Super Big Charity Match Road Malaysia Celebrity membabitkan pasukan bola sepak artis, Kelab RMC dan pasukan bola sepak tempatan, Manjung United.

Perlawanan persahabatan itu akan diadakan pada jam 8.30 malam.

Menurut pengasas produk kecantikan Secret Desire, Rozita Baharom atau lebih dikenali sebagai Che Ta Pot Pet, barisan artis/selebriti yang akan beraksi di padang pada malam itu, Roy Azman, Abam, Ali Putih, Mamak Putih, Atu Zero, Melati Zero, Shah Jazle, PS Mansor, Vicha, Ewal, Din Rajalawak, Jamal Jamaludin dan Nizam Sani.

“Ada juga artis yang akan tampil membuat persembahan. Kami mengenakan harga tiket mininum untuk menyaksikan perlawanan bola sepak itu dan sebahagiannya akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim terpilih di Manjung.

“Perlawanan bola sepak persahabatan ini dirancang untuk diadakan di seluruh negari bermula di Parit Buntar, Perak dan Manjung adalah lokasi kedua.

“Program ini juga diadakan untuk menggalakkan orang muda melakukan aktiviti sihat di samping mempromosikan daerah yang kami pergi sebagai destinasi pelancongan,” katanya.

Ujar Rozita, pemilihan selebriti dilakukan olehnya sendiri dan Fizz.

Katanya lagi, dalam bidang sukan ini dia membantu suaminya, Aaron Lee.

“Ada beberapa perancangan yang sedang disusun termasuk membuka syarikat penerbitan dan merakamkan single kerana saya suka menyanyi,” katanya lagi.