Pihak berkuasa gempur peniaga, pengunjung gagal patuhi SOP

PDRM telah mengeluarkan tujuh notis kompaun di bawah Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat-Tempat Jangkitan)
PDRM telah mengeluarkan tujuh notis kompaun di bawah Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat-Tempat Jangkitan)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 11 warga asing ditahan manakala 26 premis diberi notis kompaun dalam operasi bersepadu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pasar Pagi Kepong pada Rabu.

DBKL dalam kenyataannya memberitahu, operasi bersepadu yang bermula kira-kira jam 8 pagi itu adalah untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 oleh para peniaga serta pengunjung.

“Operasi tertumpu kepada pemantauan dan perlaksanaan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga yang telah melanggar SOP PKP 3.0 berikutan aduan awam.

“Pihak PDRM telah mengeluarkan tujuh notis kompaun di bawah Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat-Tempat Jangkitan)," kata kenyataan itu pada Khamis.

Sembilan lelaki warganegara Myanmar dan dua lelaki warga China telah ditahan oleh pihak PDRM
Sembilan lelaki warganegara Myanmar dan dua lelaki warga China telah ditahan oleh pihak PDRM

DBKL berkata dalam operasi sama, sembilan lelaki warganegara Myanmar dan dua lelaki warga China telah ditahan oleh pihak PDRM.

Katanya, DBKL turut mengeluarkan 19 notis kompaun kepada pemilik perniagaan di atas pelbagai kesalahan, satu notis penutupan dan satu sitaan terhadap seorang peniaga bukan warganegara.

“19 notis kompaun itu membabitkan lima kesalahan di bawah UUK3(1) UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2018, tujuh kesalahan di bawah Seksyen 46, satu di bawah (D) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974,

Artikel Berkaitan:

“Lima lagi kesalahan di bawah UUK 43(1) UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2018, dan dua kesalahan di bawah UUK (1)(b) UUK Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2018

Satu notis tutup premis dikeluarkan di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976
Satu notis tutup premis dikeluarkan di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976

“Satu notis tutup premis dikeluarkan di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan satu sitaan terhadap bukan warganegara di atas kesalahan di bawah UUK3(1) UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2018,” tambahnya lagi.

Pada masa sama, DBKL turut mengingatkan orang awam untuk terus mematuhi SOP dan memberi jaminan operasi sebegini akan dijalankan dari masa ke masa.