Sultan Ismail Bridge International Challenge 2019: Jalan ditutup esok

Azmi (dua, kiri) menunjukkan antara hadiah yang bakal menanti peserta dalam acara larian sempena program Sultan Ismail Bridge International Challenge 2019.
Azmi (dua, kiri) menunjukkan antara hadiah yang bakal menanti peserta dalam acara larian sempena program Sultan Ismail Bridge International Challenge 2019.
A
A
A

MUAR - Beberapa jalan di Bandar Maharani di sini akan ditutup sementara esok bagi memberi laluan sempena Program Sultan Ismail Bridge International Challenge 2019.

Setiausaha Majlis Perbandaran Muar (MPM), Azmi Ahmad berkata, sebahagian jalan itu akan ditutup seawal jam 6 pagi dan dijangka dibuka semula seperti biasa sekitar jam 12 tengah hari.

“Antara jalan terlibat bagi temasya program ini ialah Dataran Tanjung Emas, Jalan Maharani, Jambatan Sultan Ismail, Jalan Kesang, Jalan Lebuh AMJ dan Jalan Muar-ByPass yang terlibat.

“Selain itu, Jalan Salleh, Jalan Abdullah, Jalan Bentayan, Bulatan Bakri, Jalan Arab, Bulatan Jalan Sulaiman serta Jalan Ibrahim juga akan terlibat untuk proses penutupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam taklimat program di Bilik Mesyuarat MPM, baru-baru ini.

Tambah Azmi, acara itu turut melibatkan Jalan Omri, Jalan Abdul Rahman, Bulatan Abdul Rahman, Jalan Khalidi dan Jalan Junid Jalan.

“Kesemua jalan itutup pada Ahad, 24 Februari. Bagaimanapun, pada jam 6 pagi itu, hanya sebahagian sahaja jalan ditutup terlebih dahulu.

“Kesemua laluan ini dijangka dibuka semula jam 12 tengah hari. Justeru, kita menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan mereka dengan menggunakan laluan alternatif pada hari berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, program Sultan Ismail Bridge International Challenge 2019 akan dimeriahkan dengan tiga aktiviti berbentuk kesihatan iaitu Larian Menjunjung Kasih, Ride For Jalil at Muar dan YDP’s Walk di Dataran Tanjung Emas, di sini.