X

Kindly register in order to view this article
!

Azmin sangkal kerajaan gagal tangani Covid-19

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada sidang media selepas melawat ke pusat pemberian vaksin (PPV) industri di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Kota Tinggi hari ini. - Foto Bernama
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang kerajaan gagal mengawal penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Beliau sebaliknya berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya menurunkan kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 dan berlaku penurunan kes jangkitan.

"Kajian dan pengiraan model SIER (Susceptible, Exposed, Infectious and Removed) dalam menilai kadar kebolehjangkitan, unjuran kes baharu di negara ini pada 14 Jun lalu ialah sebanyak 13,000 kes tetapi kita hanya mencatatkan 4,949 kes.

"Kerajaan mengambil langkah tegas iaitu daripada 13,000 yang diunjurkan oleh model SIER, berjaya diturunkan dan sudah tentu ini satu kejayaan bagi mengawal penularan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu membuat pemantauan persiapan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Covid-19 di Austin International Convention Centre di sini, pada Jumaat.

Ditanya mengenai kewujudan kluster di tempat kerja, Azmin mengakui wujud beberapa kluster termasuk di kilang.

Jelasnya, berdasarkan data yang dikongsi KKM, kluster di tempat kerja itu termasuk di kilang, syarikat, tapak kerja dan penginapan pekerja.

"Bagaimanapun, kita berpendapat langkah yang dilakukan kerajaan dengan melakukan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengurangkan pergerakan dan ini telah ditekan berulangkali oleh KKM bahawa kita harus mengambil tindakan lebih tegas untuk mengawal pergerakan.

"Walaupun kita menyedari bahawa kepentingan nyawa perkara yang amat penting tapi pada masa yang sama, kita perlu melihat keperluan aktiviti tertentu untuk beroperasi dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat dan ini penting untuk pastikan kesejahteraan rakyat terjamin," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!