SKMM pantau lokasi liputan internet di Jeli

Mustapa semasa melancarkan perasmian tuisyen tersebut di Putrajaya di sini pada Jumaat.
Mustapa semasa melancarkan perasmian tuisyen tersebut di Putrajaya di sini pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Usaha untuk meningkatkan liputan internet di Jeli sedang dilaksanakan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sejak awal tahun ini.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pada Febuari lalu, SKMM juga telah meninjau 13 lokasi yang sering menghadapi masalah liputan di daerah berkenaan.

Menurutnya, antara tindakan yang telah dilaksanakan SKMM ialah dengan membina menara komunikasi di Kampung Rabbana di Jeli dan ia telah siap digunakan.

“Selain itu, tindakan-tindakan susulan juga sedang dilaksanakan oleh SKMM di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

"Jadi kita berharap kerja-kerja menaik taraf inrastruktur bagi meluaskan liputan internet yang berkualiti dapat dilaksanakan segera sekali gus akan menjadikan Jeli sebagai contoh pembangunan digital bagi kawasan luar bandar," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, melalui kenyataan yang sama, Mustapa juga memberitahu, bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid tahun enam, satu kelas tuisyen bahasa inggeris dalam talian akan dianjurkan selama lima bulan di daerah berkenaan bermula Jun hingga Oktober ini.

Mustapa berkata, ia merupakan projek kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli dan Tanah Merah, Majlis Guru Besar Jeli dan Pejabat Ahli Parlimen Jeli.

"Seramai 180 murid daripada 21 buah sekolah dalam Parlimen Jeli yang melibatkan PPD Jeli dan PPD Tanah Merah menyertai program kelas bahasa Inggeris ini.

Artikel Berkaitan:

"Kumpulan pertama seramai 90 murid dari lapan buah sekolah memulakan kelas mereka hari ini manakala kumpulan kedua yang disertai 90 murid dari 13 buah sekolah akan memulakan kelas mereka esok,"katanya.

Majlis pelancaran tuisyen dalam talian itu turut disertai Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jeli, Abd Halim Ibrahim, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah, Nik Muhamad Nik Lib serta 90 murid kumpulan pertama dari lapan buah sekolah bersama ibu bapa mereka.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, kelas yang diadakan pada setiap Jumaat dan dan Sabtu itu juga akan memberi penumpuan kepada sudut tatabahasa dan penulisan.

"Kelas tuisyen ini merupakan kesinambungan kepada Tuisyen Darul Falah yang memberikan tumpuan khusus kepada penguasaan Bahasa Inggeris yang kini mempunyai 5,000 orang alumni sejak dilaksanakan tahun 1995 lalu.