X

Kindly register in order to view this article
!

PPV khusus untuk OKU di Bangi dibuka 21 Jun: Rina

Rina (kanan) ketika meninjau pelaksanaan vaksinasi OKU Pendengaran di Pusat Pemberian Vaksin Malaysian Association for The Blind (MAB). - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah lagi pusat pemberian vaksin (PPV) khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) akan dibuka di Bangi pada 21 Jun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pembukaan PPV Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi pada Isnin depan itu, adalah untuk mempercepatkan proses vaksinasi golongan tersebut.

"Ini usaha yang dijalankan pihak kerajaan, saya menyeru sektor swasta untuk bersama-sama membantu kita (untuk proses vaksinasi OKU).

"Kita juga telah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta untuk membuka lebih banyak lagi PPV khusus untuk OKU," katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan vaksinasi OKU pendengaran di PPV Kompleks MAB (Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia) di sini pada Jumaat.

PPV itu telah memberikan vaksin kepada hampir 300 OKU pendengaran semalam dan dijangka 200 lagi akan menerima suntikan vaksin pada hari kedua pelaksanaan pemberian vaksin buat OKU pendengaran.

Rina berkata, permohonan vaksinasi untuk golongan OKU penglihatan di PPV yang mula dibuka pada 4 Jun itu telah meningkat daripada 1,600 kepada 2,200 permohonan vaksinasi, setakat hari ini (Jumaat).

"Kapasiti pemberian vaksin di PPV ini juga telah meningkat daripada 200 kepada 300 orang setiap hari, ini perkembangan yang sangat baik jadi boleh kita mempercepatkan pemberian vaksin kepada warga OKU," katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!