Juruterbang ukir 'saya bosan' di udara

Paparan Facebook Bored Panda.
Paparan Facebook Bored Panda.
A
A
A

ADELAIDE-AUSTRALIA. Seorang juruterbang menguji sebuah enjin baharu pesawat peribadi selama dua jam di udara dan tugasnya itu berakhir dengan kejutan.

Memetik Facebook Bored Panda, pusat latihan juruterbang di Penerbangan Adelaide itu memberikan tugasan itu kepada juruterbang muda untuk mengendalikan pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, ketika pesawat semakin dekat di Port Broughton Barat Laut Adelaide, juruterbang itu membuat beberapa lencongan sehingga terukir ayat 'saya bosan' pada peranti penjejakannya.

No Image Caption

Frasa itu dikesan berpuluh-puluh kilometer dari tanah maka ia hanya dapat dilihat menerusi peranti penjejakan.

Menurut pengarah penerbangan latihan Adelaide, Pine Pienarr, dia hanya mampu berkata, "nampaknya dia bosan, jurulatih muda, apa yang boleh saya lakukan...".

Susulan penemuan itu, kisah itu mendapat lebih 2,000 perkongsian dan 1,000 komen dari netizen menganggap ia lucu dan terhibur.

Jayson Rey, turut mengagumi kemahiran juruterbang itu kerana mampu melakukan perkara luar biasa.

Artikel Berkaitan: