Mana keluarga pakcik Othman?

Othman Ibrahim
Othman Ibrahim
A
A
A

ALOR SETAR- Waris atau keluarga seorang pesakit, Othman Ibrahim, 85, sedang dicari untuk membantu mendapatkan dokumen bagi pengesahan identiti pesakit tersebut.

Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Muhamad Fisol Mad Khair berkata, pesakit ini menerima rawatan di HSB mulai Mac lalu dan berada di wad sehingga 21 Mei lalu.

Beliau berkata, bagaimanapun warga emas tersebut kemudiannya dihantar ke pusat jagaan warga emas di Alor Setar selepas lebih dua bulan berada di hospital berkenaan.

"Namun sewaktu menerima rawatan di hospital ini, pesakit gagal menunjukkan kad pengenalan dan rujukan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah dibuat bagi mengesan identiti pesakit namun tiada maklumat.

"Pesakit juga dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Alor Setar untuk penempatan institusi tetapi ditolak kerana tidak memenuhi syarat kerana tiada pengesahan MyKad," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Muhamad Fisol berkata, pesakit hanya memaklumkan dia dilahirkan di Alor Setar dan mengaku pernah menetap di Bangi, Selangor.

Katanya, pesakit juga memberitahu yang dia pernah bekerja sebagai jurulatih bola sepak di sebuah sekolah di Selangor.

"Sehubungan itu, waris atau mereka yang mengenali pesakit ini boleh menghubungi talian 04-7406105 atau 012-4597538 untuk memudahkan urusan pesakit berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: