Vaksinasi harian terus meningkat, rekod 221,706 dos semalam

Vaksinasi harian bagi PICK terus mencatatkan peningkatan dengan pemberian 221,706 dos (Khamis), sekali gus mencapai sasaran vaksinasi harian ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari. - Gambar hiasan
Vaksinasi harian bagi PICK terus mencatatkan peningkatan dengan pemberian 221,706 dos (Khamis), sekali gus mencapai sasaran vaksinasi harian ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terus mencatatkan peningkatan dengan pemberian 221,706 dos semalam (Khamis), sekali gus mencapai sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.

Dalam hantaran akaun Twitter beliau, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian vaksin semalam, seramai 177,876 individu menerima dos pertama manakala 43,830 lagi menerima dos kedua.

Berdasarkan perkembangan terbaharu itu, seramai 1,520,583 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 dan seramai 3,810,071 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 5,330,654.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 195,315, diikuti Sarawak (172,644); Johor (149,227); Perak (140,885) dan Kuala Lumpur (137,078).

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 14,637,437 pendaftaran direkodkan setakat semalam (Khamis).- Bernama

Artikel Berkaitan: