Mujur ceramah 'bossku' tak dihentikan

Anggota-anggota SPR hadir memantau ceramah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bandar Rinching malam ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Anggota-anggota SPR hadir memantau ceramah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bandar Rinching malam ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - Beberapa anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat memantau tapak ceramah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bandar Rinching, malam ini.

Kehadiran mereka menimbulkan keresahan dalam kalangan penganjur memandangkan beberapa ceramah di Semenyih pernah dihentikan kerana tiada permit.

Hasil perbualan bersama penganjur, mereka mengesahkan program malam ini mempunyai permit namun mereka kelihatan agak risau dengan kehadiran kakitangan SPR.

Bahkan, perkongsian maklumat daripada salah seorang kakitangan juga memaklumkan ceramah tersebut memang mempunyai permit.

“Mereka ada permit. Kami datang saja nak pantau,” katanya.

Baru-baru ini, ceramah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo di Kampung Rinching Hilir dihentikan SPR kerana penganjur tidak mendapatkan permit.

Sebelum itu, program ceramah melibatkan calon PH juga dihentikan kerana tiada permit juga.

Bahkan, semalam program bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga dipantau SPR dan mujur ceramah itu juga mempunyai permit.

Artikel Berkaitan: