Kes Covid-19 melonjak di Indonesia, angka kematian meningkat

Peningkatan kes baharu Covid-19 dikaitkan dengan kegiatan 'mudik' ataupun balik kampung semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Peningkatan kes baharu Covid-19 dikaitkan dengan kegiatan 'mudik' ataupun balik kampung semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
A
A
A
JAKARTA- Kes positif baharu Covid-19 di Indonesia kembali melonjak selepas mencatatkan lebih 12,000 kes harian pada Khamis, menjadikan kes keseluruhan kini meningkat kepada 1,950,276 kes.

Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 12,624 kes baharu direkodkan, manakala sebanyak 277 kematian berlaku dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini sebanyak 53,753 orang.

Jumlah kes positif harian di Indonesia pernah dicatatkan di bawah angka 4,000 kes sebelum sambutan Aidilfitri.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, jumlah mereka yang dinyatakan sembuh adalah seramai 7,350 orang, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh adalah sebanyak 1,771,220 orang.

Bagi program vaksinasi, setakat hari ini, lebih 21.9 juta orang telah menerima dos pertama vaksin, manakala lebih 11.9 juta telah menerima dos kedua.

Peningkatan kes baharu Covid-19 dikaitkan dengan kegiatan 'mudik' ataupun balik kampung semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini, dan penemuan varian baharu iaitu Delta B1617.2 dan Beta B1351, yang kadar penularannya lebih cepat berbanding varian lain- Bernama

Artikel Berkaitan: