Copa America: Brazil belasah Peru

Neymar diasak pemain Peru pada aksi Copa America di Stadium Nilton Santos, sebentar tadi.
Neymar diasak pemain Peru pada aksi Copa America di Stadium Nilton Santos, sebentar tadi.
A
A
A

GERGASI dunia, Brazil meneruskan rentak positif saingan Copa America apabila membelasah Peru, 4-0 pada aksi kumpulan di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro, sebentar tadi.

Pesta gol skuad kendalian Tite bermula dengan jaringan pemain pertahanan kelab liga Itali, Juventus, Alex Sandro seawal minit ke-12 untuk gergasi yang tampil formasi 442 tersebut mendahului babak pertama.

Bersambung babak kedua, bintang sensasi kelab Perancis, Paris St Germain (PSG), Neymar terus melebarkan jaringan apabila mencetak gol pada minit ke-68.

Tite yang melihat skuad kendalian Ricardo Gareca yang tampil formasi 4231 seakan hilang arah, telah memasukan Éverton Ribeiro dan Richarlison.

Percaturan itu berbaloi apabila Ribeiro yang juga bintang kelab liga Brazil, Flamengo meledak gol pada minit ke-89, sebelum Richarlison yang beraksi dengan Everton pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) melabuhkan tirai pesta gol skuad Samba dengan gol pada minit ke-93.

Artikel Berkaitan: