Kadar kebolehjangkitan meningkat, Negeri Sembilan kekal tertinggi

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan. - Gambar hiasan
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan.

Namun, ia masih menunjukkan trend setara sama ada menurun atau meningkat sedikit untuk tiga minggu berturut-turut.

Pada Rabu, angka itu meningkat kepada 0.95 berbanding 0.93 hari sebelumnya.

Empat negeri catat kadar R-naught melebihi 1.0.

Negeri Sembilan masih mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.09.

Ini diikuti Sabah, Labuan dan Sarawak.

Manakala negeri-negeri lain mencatatkan kadar di bawah 1.0.

Ini termasuk Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Melaka, Perak, Kedah, Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Begitu juga di Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, dan Kelantan.

Perlis tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. - Awani