Bersatu dah tak ada orang lain kah, sindir Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ceramah di Rinching, di sini, malam ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

SEMENYIH - “Kalau tak pandai komunikasi, tak payahlah pilih dia jadi calon.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir calon PH dalam PRK DUN Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.

Menurut Najib, calon PH itu tidak petah bercakap malah secara berseloroh beliau mengatakan Ketua Cawangan BN lebih hebat berbicara berbanding jurutera muda itu.

“Calon di Semenyih ini pun saya tengok, heiiii...Saya buka tengok dalam Facebook , nak cakap pun saya rasa...

“Ketua cawangan kita lebih petah bercakap. Saya tengok Tan Sri Muhyiddin (Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin) kata dia komunikasi tak berapa betul, tak berapa baik.

“Komunikasi ini periuk nasi orang politik

Kalau tak pandai komunikasi, tak payahlaaa pilih dia jadi calon. Teruk sangat ke Bersatu, tiada orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di hadapan penyokongnya di Bandar Rinching, di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Najib turut membidas kenyataan Muhammad Aiman mengatakan jika beliau menang pada 2 Mac, masalah penduduk selesai pada 3 Mac ini.

“Bukan main kata kalau saya menang pada 2 Mac...Haiii, dia sebut masalah jalan sempit, sampah tak kutip, jalan berlubang.

“Dia kata menang 2 Mac, 3 Mac selesai masalah, adoi...Dia nak tipu siapa. Saya jadi wakil rakyat 42 tahun.

“Masalah rakyat tidak akan berkesudahan, mesti ada satu demi satu. Takkanlah malam 2 Mac menang, 3 Mac selesai semua masalah,” sindir beliau.

Tambah bekas Presiden UMNO itu, calon BN, Zakaria Hanafi adalah calon matang, berpengalaman dan lebih sesuai menjadi wakil rakyat.

“Calon kita orang matang, pengalaman. Orang macam inilah kita nak jadi wakil rakyat,” ujarnya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia