X

Kindly register in order to view this article
!

Perincikan Pelan Pemulihan Negara ikut keutamaan indikator

Gambar hiasan - Foto Fail Bernama
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan sepatutnya memperincikan Pelan Pemulihan Negara mengikut keutamaan indikator yang dinyatakan agar lebih mudah untuk menentukan peralihan bagi setiap fasa.

Pakar kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berpendapat, langkah itu juga bagi mengelakkan berlaku peralihan fasa secara menyongsang disebabkan terdapat indikator tidak selari dengan sasaran ditetapkan.

“Jika kita lihat, fasa itu terlalu jauh dari bulan Jun hingga Disember. Katakan kita berjaya ke fasa kedua di mana kes kurang daripada 4,000. Namun bagaimana jika kita dapat capai kadar vaksinasi 15 peratus tetapi kes ketika itu naik sehingga 6,000. Adakah kita balik kepada fasa satu atau buat Sekatan Pergerakan Penuh semula?

“Katalah enam bulan akan datang, fasa empat disasarkan kes baharu bawah 500, vaksinasi 60 peratus, namun kes naik sehingga 2,000 kerana pelancongan.

“Apa yang perlu dibuat pada fasa empat itu? Adakah kita kekal dengan fasa itu atau perlu sekali lagi buat sekatan penuh?” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Dr Hanafiah berkata, kerajaan juga wajar membenarkan hospital swasta menawarkan khidmat bagi menampung kapasiti rawatan pesakit Covid-19, sekali gus meringankan beban sistem kesihatan awam yang semakin tenat.

Bagaimanapun, katanya, langkah itu juga perlu diiringi dengan memastikan syarikat insurans bersedia membiayai pemegang kad insurans kesihatan yang memerlukan rawatan di hospital swasta.

“Kenapa mahu kawal pergerakan rakyat? Kerana masalah ketidakmampuan hospital awam, kes meningkat akan menyebabkan sistem kesihatan lumpuh.

“Namun kenapa ketika darurat, hospital swasta tidak digunakan? Jika jangkitan Covid-19 ini dilindungi insurans, sudah tentu rakyat ada pilihan untuk dapatkan rawatan di hospital swasta,” kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelan Pemulihan Negara langkah ke arah hala tuju yang tepat: GLC


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!