X

Kindly register in order to view this article
!

Rasuah boleh dibendung jika semua komited

Fazrul Ismail
A
A

SHAH ALAM - Nilai yang tidak disusun dengan betul berdasarkan sistem kepercayaan seseorang individu itu lazimnya menjadi salah satu punca rasuah berleluasa.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, sistem kepercayaan merupakan akar kepada sesebuah sistem nilai.

“Misalnya, kita mempunyai banyak nilai seperti menepati masa, menghormati dan menghargai sesama manusia malah menghargai duit adalah satu nilai.“Jadi, ada sesetengah daripada kita menyalah guna nilai ingin membantu anak yatim dengan mengambil rasuah.“Itu salah kerana matlamat membuat sesuatu nilai itu tidak menghalalkan cara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh pasukan teras Rasuah Busters di Bangunan Karangkraf di sini.

Tambahnya, jika nilai itu diselia dengan nilai kepercayaan, beliau yakin individu itu akan berlaku jujur dengan sesiapa sahaja tanpa membelakangi mana-mana pihak.

Sementara itu, beliau menyeru agar semua pihak terlibat dalam membanteras amalan rasuah di negara ini.

“Jika semua pihak komited, nescaya amalan rasuah dapat dibendung.

“Majoriti rakyat Malaysia perlu banteras rasuah sehingga sehingga orang fikir perkara tersebut sebagai satu jenayah, bukan satu kelebihan mahupun sebagai satu cara untuk sara hidup keluarga,” katanya.

Menurutnya, apabila amalan rasuah dapat dibanteras, tidak mustahil Malaysia akan dikenali sebagai negara yang tinggi nilai integriti.

“Kesannya, lebih ramai pelabur asing masuk dan hubungan antara kaum juga lebih harmoni,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!