Fenomena 'bossku' cukup bermakna buat BN

Reezal Merican (kiri) ketika hadir di Bandar Rinching, malam ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Reezal Merican (kiri) ketika hadir di Bandar Rinching, malam ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - Fenomena 'bossku' bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap banyak membantu kempen BN pada PRK DUN Semenyih.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib yang meluangkan masa turun padang ke Semenyih.

"Walaupun beliau dihimpit dengan pelbagai tuduhan dan tiada jawatan sebagai Presiden UMNO, tetapi hakikatnya beliau turun memberi bantuan yang cukup bermakna kepada parti," katanya.

Reezal berkata, kehadiran Najib di Bandar Rinching sungguh menakjubkan.

"Sokongan rakyat di sini memberi petanda yang cukup jelas bahawa Semenyih bakal menyaksikan keputusan yang mengejutkan," katanya.

Artikel Berkaitan: