X

Kindly register in order to view this article
!

Belgium sahkan slot 16 pasukan terbaik

Mathias Jensen (kiri) mengasak Youri Tielemans dalam aksi perlawanan Kumpulan B di Stadium Parken, Copenhagen, pada awal pagi Jumaat. -Foto EPA
A
A

BELGIUM mara ke pusingan kalah mati Euro 2020 apabila setelah menewaskan Denmark 2-1 pada aksi Kumpulan B di Stadium Parken, Copenhagen, pada awal pagi Jumaat.

Biarpun ketinggalan seawal minit ke-2 hasil jaringan penyerang Denmark, Yussef Poulsen skuad The Red Devils itu bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Thorgan Hazard pada minit ke-24 sebelum pemain gantian, Kevin de Bruyne meledak gol kedua yang juga gol kemenangan pada minit ke-70.

Kemenangan Belgium itu juga sekali gus menyaksikan Denmark gagal mara ke pusingan kalah mati setelah tewas dalam dua perlawanan berturut-turut (tewas 0-1 kepada Finland, tewas 1-2 kepada Belgium), biarpun masih berbaki satu perlawanan berdepan Rusia pada 22 Jun.

Perlawanan awal pagi Khamis turut menyaksikan perlawanan dihentikan selama seminit pada minit ke-10 dengan penonton bertepuk tangan sebagai tanda penghormatan kepada pemain Denmark, Christian Eriksen yang rebah secara tiba-tiba akibat serangan sakit jantung pada aksi pembukaan berdepan Finland 12 Jun lalu.

Difahamkan, Eriksen yang kini berada hospital bagi menerima rawatan lanjut Eriksen dilaporkan turut menyaksikan perlawanan berkenaan yang disiarkan secara langsung di televisyen.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!