20 individu diberkas terlibat penipuan tawaran kerja e-dagang

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 20 individu terdiri daripada warga tempatan dan warga China diberkas dalam serbuan di tiga premis di sekitar Kuala Lumpur dipercayai terlibat dalam kes penipuan tawaran kerja menggunakan platform e-dagang pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

"Seramai 20 individu ditahan terdiri daripada 15 lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga China, tiga wanita warga tempatan dan seorang wanita warga China.

"Serbuan turut merampas 19 unit laptop dan 147 unit telefon bimbit pelbagai jenama," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, kesemua tangkapan direman sehingga Sabtu ini untuk disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: