X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita hamil koma dipukul suami kini di bawah jagaan keluarga

Laporan Sinar Harian pada 12 Mei.
A
A

SEREMBAN - Wanita hamil 12 minggu yang koma akibat dipukul suami kini dijaga oleh adiknya, Fazariah Nordin yang berasal dari Bandar Sri Sendayan dekat sini.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memaklumkan, Jahidah Nordin, 43, kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini atas permintaan keluarga selain mendapat nasihat daripada pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

"Fazariah ketika ditemui tengah hari tadi memaklumkan Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HSA namun dipindahkan ke HTJ atas permintaan keluarga dan nasihat pihak HSA,” menurut MAINS dalam kenyataan di laman Facebook pada Khamis.

Kenyataan itu menyebut, MAINS melalui Unit Khidmat Kesihatan memaklumkan agensi itu telah menghulurkan bantuan wang tunai sebagai permulaan dan mengambil beberapa maklumat lain bagi bantuan seterusnya.

Pada 17 Mei lepas, media melaporkan Jahidah yang merupakan seorang penjawat awam dan bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dikejarkan ke HSA selepas dipercayai dicederakan suaminya.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.

Bagaimanapun, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof, 38, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis mengaku tidak bersalah mencederakan isteri ketiganya itu sehingga parah. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pukul isteri hamil sehingga koma ditahan

Wanita hamil koma dipukul suami


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!