Nadal tarik diri sertai Wimbledon, Sukan Olimpik Tokyo

Nadal buat keputusan tarik diri daripada Wimbledon dan Sukan Olimpik tahun ini.
Nadal buat keputusan tarik diri daripada Wimbledon dan Sukan Olimpik tahun ini.
A
A
A

JAGUH tenis Sepanyol, Rafael Nadal membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Kejohanan Wimbledon dan Sukan Olimpik Tokyo dalam usaha untuk 'menyelamatkan' kariernya.

Menerusi satu ciapan di laman Twitternya pada Khamis, bekas pemain nombor satu dunia itu berkata: "Saya memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini di Wimbledon dan Sukan Olimpik di Tokyo.

"Ia bukan satu keputusan yang mudah untuk diambil tetapi selepas mendengar dan membincangkannya dengan pasukan saya, saya harus akui ia adalah satu keputusan tepat.

"Tujuannya adalah untuk melakukan apa yang menggembirakan saya dengan bersaing di peringkat tertinggi pada tahap persaingan yang maksimum," katanya.

Untuk rekod, Nadal yang telah merekodkan gelaran Grand Slam sebanyak 20 kali muncul juara Wimbledon pada edisi 2008 dan 2010 selain meraih pingat emas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

Artikel Berkaitan: