X

Kindly register in order to view this article
!

Lima termasuk warga emas ditahan main judi, langgar PKP

Lima lelaki ditahan terlibat permainan judi dalam tempoh PKP di Beruas pada Rabu. - Foto Ihsan PDRM
A
A

BERUAS - Polis menahan lima lelaki termasuk seorang warga emas berusia 67 tahun kerana berkumpul untuk bermain judi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sebuah premis, di sini pada Rabu.

Kesemua suspek berusia 32 hingga 67 tahun itu ditahan sepasukan anggota yang melakukan rondaan pematuhan PKP kira-kira jam 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pemeriksaan mendapati mereka terlibat dalam perjudian jenis jerami batu.

"Polis merampas sehelai kertas putih, meja kayu, enam kerusi, 112 batu domino, 32 cip, dua dadu dan wang tunai berjumlah RM1,135.

"Semakan lanjut mendapati salah seorang individu yang ditahan mempunyai lima rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah dan jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Nor Omar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya, kompaun berjumlah RM4,000 dikeluarkan kepada setiap individu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!