RM2.25 juta bantu ringan beban peniaga

Ahmad Yaakob
Ahmad Yaakob
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengumumkan peruntukan sejumlah RM2.25 juta untuk Pakej Bantuan Cakna Rakyat Covid-19 Fasa 2 bagi meringankan beban peniaga kecil di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, bantuan fasa kedua itu membuktikan kerajaan negeri sekali lagi memahami masalah ekonomi dihadapi peniaga kecil ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

“Kerajaan negeri sebelum ini telah memperuntukkan RM2.7 juta sebagai bantuan kepada rakyat terkesan Covid-19 di seluruh negeri Kelantan.

“Atas keprihatinan tersebut, kita bersetuju untuk laksanakan fasa kedua dengan memperuntukkan RM50,000 bagi setiap DUN dengan keseluruhan peruntukan dana sebanyak RM2.25 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Bantuan tersebut kata beliau akan disalurkan kepada 45 Pusat Khidmat DUN yang bertanggungjawab sebagai pusat khidmat untuk diagih-agihkan kepada peniaga yang terkesan.

Artikel Berkaitan: