X

Kindly register in order to view this article
!

TikTok catat kerugian bersih AS$45 bilion tahun lalu

Syarikat China ByteDance, pemilik platform media sosial popular TikTok catat kerugian bersih AS5 bilion (RM186 bilion) tahun lalu. - Foto Reuters
A
A

SYARIKAT China ByteDance, pemilik platform media sosial popular TikTok, mencatatkan kerugian bersih AS$45 bilion (RM186 bilion) tahun lalu, terutamanya disebabkan penyediaan bantuan, lapor Sputnik memetik Wall Street Journal.

ByteDance dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, syarikat itu mengalami kerugian operasi sebanyak AS$2.1 bilion (RM8.7 bilion) pada tahun 2020, sebahagiannya disebabkan kos yang lebih tinggi untuk membayar pampasan kepada pekerja.

Bagaimanapun, ByteDance turut mencatatkan peningkatan pendapatan dua kali ganda kepada AS$34.3 bilion (RM142 bilion) sepanjang tahun lalu, terdapat kira-kira 1.9 bilion pengguna aktif di semua platformnya, termasuk Douyin, TikTok versi China, dan platform kandungan berita Jinri Toutiao.

Syarikat berpangkalan di Beijing itu ditubuhkan pada 2012. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!