Armada junjung titah Agong dan Raja-raja Melayu

Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjunjung kasih atas keprihatinan dan pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja-raja Melayu.

Ketuanya, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, Armada turut menjunjung titah supaya ketiga-tiga cabang kerajaan dapat memainkan peranan masing-masing bagi memastikan amalan demokrasi di negara ini terus subur.

“Armada akan terus mendengar suara dan mewakili aspirasi rakyat serta menawarkan khidmat yang terbaik.

"Armada juga akan menggembleng usaha bersama ke arah mencapai imuniti kelompok secepat mungkin agar sektor ekonomi dan sosial dapat dibuka kembali sepenuhnya secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Raja-raja Melayu juga bersetuju agar tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos ini dan menyokong pendirian Yang di-Pertuan Agong bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong zahir pandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin

Artikel Berkaitan: