Kes baharu Covid-19 meningkat, NS perlu ambil langkah proaktif

Negeri Sembilan mencatat angka baharu lebih 1,000 kes positif Covid-19.
Negeri Sembilan mencatat angka baharu lebih 1,000 kes positif Covid-19.
A
A
A

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendesak kerajaan negeri bertindak secara proaktif dalam menangani jangkitan kes baharu Covid-19 di Negeri Sembilan yang kini sudah melangkaui angka 1,000 dalam tempoh 24 jam lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, kelemahan pimpinan kerajaan negeri dalam mengendalikan wabak ini telah mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

"Sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, Negeri Sembilan (Datuk Seri Aminuddin Harun), gunakan lah apa jua kuasa yang ada untuk membendung dan mengatasi wabak ini.

"Manfaatkan semua saluran dan hubungan dengan kerajaan Persekutuan, dan mohon peruntukan lebih banyak bekalan vaksin serta sediakan lebih banyak pusat vaksinasi di seluruh Negeri Sembilan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, kerajaan negeri perlu pertingkatkan juga saringan kerana ia berkesan mencegah penularan.

Negeri Sembilan mencatat kes Covid-19 kedua tertinggi selepas Selangor.
Negeri Sembilan mencatat kes Covid-19 kedua tertinggi selepas Selangor.

Katanya, tindakan segera dengan mengunakan peruntukan menteri besar sebanyak RM30 juta seperti dalam Bajet 2021 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri untuk membeli vaksin serta diluluskan oleh MOSTI perlu dilakukan.

Sehingga 17 Jun, terdapat 1,086 kes baharu positif Covid-19 dengan 10 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah sebanyak 36,194 kes.

Artikel Berkaitan:

Terdapat 7,975 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

Sehingga kini terdapat 42 kluster (35 kluster tempatan dan tujuh kluster import) yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan.