Lelaki kantoi curi baju dalam, pakaian wanita

Antara baju dalam wanita yang dirampas susulan penahanan seorang lelaki di sebuah kondominium di Bandar Sunway, Petaling Jaya pada Selasa.
Antara baju dalam wanita yang dirampas susulan penahanan seorang lelaki di sebuah kondominium di Bandar Sunway, Petaling Jaya pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Tanda tanya kehilangan baju dalam dan pakaian wanita terjawab apabila seorang lelaki diberkas polis di kediamannya di Bandar Sunway, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, penahanan suspek berusia 23 tahun itu susulan laporan polis yang dibuat seorang wanita pada hari yang sama.

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa melihat suspek berlegar di ruangan lif tingkat rumahnya di sebuah kondominium kira-kira jam 10.30 pagi.

"Mangsa telah mengesyaki lelaki itu terlibat dengan kehilangan pakaian miliknya sebelum ini.

"Bertindak atas laporan terbabit, kira-kira jam 12.15 tengah hari, sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Way telah menahan suspek di kediamannya.

"Pemeriksaan menemui 58 pakaian wanita pelbagai jenama serta sebatang kayu yang diubah suai dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, suspek kemudian telah direman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek juga akan dituduh di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberi keterangan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan: