Empat soalan Pemuda Pas untuk Guan Eng

Syahir Sulaiman
Syahir Sulaiman
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas mengemukakan empat soalan untuk Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung hutang negara.

Pengarah Strateginya, Syahir Sulaiman berkata, persoalan itu dibangkitkan kerana mahu mendapatkan penjelasan kedudukan sebenar akaun Kerajaan Persekutuan.

"Adakah definisi hutang Kerajaan Persekutuan oleh Bank Negara Malaysia berbeza dengan definisi hutang oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)?

"Mengapa Kerajaan Malaysia tidak mengikut definisi hutang yang dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia?

"Adakah Menteri Kewangan masih belum melihat 'balance sheet' Kerajaan Malaysia berakhir 31 Disember 2018 walaupun sudah hampir dua bulan akaun ditutup?," soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Presiden Pas turut bertanya di mana rakyat boleh melihat jumlah hutang negara.

Hari ini Guan Eng dilaporkan mengesahkan bahawa kerajaan telah berjaya mengurangkan hutang negara daripada angka RM1.087 trilion sebelum ini namun masih masih di peringkat trilion ringgit pada akhir tahun 2018.

Artikel Berkaitan: