X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Enam warga Nigeria direman tipu Love Scam, Parcel Scam

Enam warga Nigeria termasuk seorang wanita yang ditahan reman di Mahkamah Kota Bharu pada Khamis.
A
A

KOTA BHARU - Enam warga Nigeria termasuk seorang wanita ditahan reman di Mahkamah Kota Bharu di sini pada Khamis bagi membantu siasatan kes jenayah kormersial membabitkan ‘Love Scam’ dan ‘Parcel Scam’.

Reman berkuat kuasa selama dua hari bermula hari ini hingga esok.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu, Nuriza Mustafa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 43 tahun.

Katanya, kesemua suspek ditahan oleh pasukan polis Bukit Aman dalam serbuan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 10 Jun lalu.

“Mereka ditahan reman bagi membantu kes penipuan ‘Love Scam’ dan kiriman bungkusan atau ‘Parcel Scam’ membabitkan laporan di Kota Bharu.

“Mereka turut mempunyai kes-kes penipuan di seluruh negara yang melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM2.7 juta,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Media sebelum ini melaporkan sepasukan polis dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket penipuan cinta ‘Love Scam’ dan kiriman bungkusan atau ‘Parcel Scam’ membabitkan kerugian RM2.7 juta menerusi enam serbuan di sekitar Cheras, Kuala Lumpur dan Serdang, Selangor.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!