X

Kindly register in order to view this article
!

Semua pihak perlu junjung titah Agong

Saarani
A
A

IPOH - Semua pihak termasuk ahli-ahli Dewan Rakyat diminta menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah supaya Parlimen bersidang secepat mungkin.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, semua pihak perlu menghormati titah Yang di-Pertuan Agong tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan mencabar atau memperkecilkan institusi raja berperlembagaan.

Beliau berkata, BN Perak menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda yang menzahirkan pandangan bagi membolehkan wakil-wakil rakyat berbincang serta berbahas menangani wabak Covid-19.

"Penzahiran Seri Paduka Baginda itu mencerminkan keprihatinan yang amat berat Tuanku terhadap situasi buruk dihadapi segenap lapisan rakyat susulan penularan wabak Covid-19 kian menghimpit kehidupan serta menghambat ekonomi negara.

"BN Perak yakin titah berkenaan akan membuka jalan kepada usaha secara kolektif dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mencari jalan terbaik dalam menangani krisis kesihatan sedang dihadapi selain berusaha memulihkan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Saarani berkata, titah Yang di-Pertuan Agong itu juga bersandarkan realiti bahawa Parlimen mesti berfungsi secara wajar.

Menurutnya, perkara itu bertujuan memastikan setiap keputusan yang diambil kerajaan dalam menangani krisis Covid-19 dilakukan atas prinsip semak dan imbang tanpa mengabaikan hak serta pandangan rakyat jelata.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong zahir pandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin

Raja-raja sokong pendirian Agong, setuju darurat ditamatkan selepas 1 Ogos


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!