Maqis rampas susu protein dari Amerika

Maqis Johor gagalkan cubaan membawa masuk protein dari Amerika di Pelabuhan Pasir Gudang di sini pada Rabu.
Maqis Johor gagalkan cubaan membawa masuk protein dari Amerika di Pelabuhan Pasir Gudang di sini pada Rabu.
A
A
A

PASIR GUDANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk 20,000 kilogram susu protein dari Amerika di Pelabuhan Pasir Gudang di sini pada Rabu.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, pihaknya telah menahan sebuah kontena yang membawa 'deproteinized whey' atau susu protein semasa pemeriksaan dibuat pada jam 3.30 petang.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati nombor 'establishment' yang dinyatakan di dalam Sijil Kesihatan Veterinar yang dikemukakan disyaki tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Maqis.

"Kesemua konsainan berkenaan dengan berat kira-kira 20,000 kilogram yang bernilai RM65,615.80 telah ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan kepada Jabatan Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Pihak Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: