Pengusaha sekolah memandu rayu dibenar beroperasi

Pusat latihan memandu seperti PMC antara yang terjejas di seluruh negara berikutan pelaksanaan PKP 3.0. (Gambar kecil; Razif Mat Dom)
Pusat latihan memandu seperti PMC antara yang terjejas di seluruh negara berikutan pelaksanaan PKP 3.0. (Gambar kecil; Razif Mat Dom)
A
A
A

KUANTAN - Pengusaha sekolah memandu antara yang terkesan selepas tidak dibenarkan beroperasi sepajang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengerusi Pusat Latihan Memandu Cermat (PMC) Pahang Timur, Razif Mat Dom memberitahu, pusat tersebut kini dalam keadaan tertekan selepas berdepan tiga kali PKP sehingga kini.

Menurutnya, pusat itu kini bergantung dengan simpanan yang ada untuk membayar gaji 19 kakitangan PMC.

"Jadi kami merayu supaya kerajaan membenarkan pusat dan sekolah memandu dibenarkan beroperasi.

"Jika dibenarkan sudah tentu kami sedia melaksanakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di premis masing-masing," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Jelasnya, masih ada calon-calon yang kerap menelefon ke pusat tersebut dan bertanya bila mereka boleh kembali mengambil latihan.

Ujarnya, paling terkesan ialah 40 ejen PMC yang bergantung sepenuhnya kepada pelanggan,

"Banyak notis bank diterima terhadap kereta-kereta yang menggunakan nama syarikat PMC berikutan ejen terbabit tidak dapat menjelaskan pinjaman masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Kami berharap kerajaan dapat mendengar rayuan pusat dan sekolah memandu," jelasnya PMC telah wujud sejak 26 tahun lalu.

Sementara itu, bagi pemilik sekolah memandu Ez Driving Skill Enterprise, Mohd Fauzi Mohd Nor, 46, berharap supaya kerajaan mempertimbangkan rayuan mereka.

"Baru kembali bernafas namun kini terduduk selepas sekolah memandu antara tidak boleh beroperasi pada PKP 3.0.

"Macam saya dan isteri, memang bergantung sepenuhnya dengan sekolah memandu," jelasnya yang bergelar guru memandu sejak 22 tahun lalu.