Lapangan Terbang Baharu Mukah mula beroperasi hari ini

Lapangan Terbang Mukah - Foto Kementerian Pengangkutan
Lapangan Terbang Mukah - Foto Kementerian Pengangkutan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lapangan Terbang Baharu Mukah (MKM) bernilai RM300 juta dibuka untuk menggantikan semua fungsi pelepasan dan pendaratan pendek (STOLport) Mukah sebelum ini, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Khamis.

MKM menjangkakan penerbangan pertamanya akan tiba dari Miri, manakala penerbangan ke Kuching dari Mukah pula akan turut berlepas pada Khamis.

Susulan daripada kejayaan percubaan Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang berjaya bulan lalu, terminal baharu itu dapat menampung hingga 200 penumpang pada satu-satu masa berbanding dengan STOLport yang hanya dapat menerima 67 penumpang sahaja.

"Terminal ini dapat menampung hingga 264,000 penumpang setahun dan landasan baharu itu sesuai untuk operasi pesawat jenis turboprop dan helikopter," kata MAHB dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, lapangan terbang baharu itu akan membantu meningkatkan lagi hubungan di bandar pesisir dan kawasan sekitarnya di Sarawak.

"Lapangan terbang baharu ini siap tepat pada masanya dan penting terutama dalam tempoh pandemik yang mencabar ini untuk penyediaan bekalan keperluan seperti penting seperti perubatan, makanan, dan bekalan asas ke kawasan terpencil di negeri ini," katanya.

MAHB mengendalikan lapan STOLport lain yang merupakan penyumbang utama sosioekonomi. Dengan status dinaik taraf sebagai lapangan terbang domestik, MKM dapat memberi perkhidmatan kepada lebih ramai lebih orang dan memperkukuhkan prospek bandar itu dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan di Sarawak. - Bernama

Artikel Berkaitan: