Biden, Putin runding garis panduan keselamatan siber

Biden (kanan) dan Putin. - Foto AP
Biden (kanan) dan Putin. - Foto AP
A
A
A

WASHINGTON - Perjanjian antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Joe Biden untuk memulakan rundingan mengenai keselamatan siber bakal menjadi satu langkah penting ke arah meningkatkan keselamatan global, lapor Sputnik.

Ia juga akan merintis usaha mewujudkan garis panduan di sektor maya yang sehingga sekarang masih belum terbentuk, menurut Chuck Easttom, seorang saintis komputer Amerika yang pakar dalam keselamatan siber.

Pada Rabu dalam satu sidang media selepas mengadakan perbincangan dengan Biden di Villa La Grange di Geneva, Putin memberitahu, beliau bersetuju dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu untuk memulakan rundingan mengenai keselamatan siber.

Katanya, keselamatan siber sangat penting untuk seluruh dunia termasuk Rusia dan AS.

“Dua negara kuasa besar dunia itu mula membincangkan perkara berkaitan garis panduan untuk masalah siber bagi mengurangkan penguasaan wild west di dunia maya.

“Ini dapat meningkatkan keselamatan global dan mengurangkan kemungkinan serangan terhadap infrastruktur negara," kata Easttom.

Menurutnya perbincangan itu seumpama konvensyen Geneva versi maya.

Namun, ia masih di peringkat awal dan belum jelas bilakah rundingan selanjutnya akan diadakan.

Artikel Berkaitan:

Keselamatan siber menjadi antara isu penting untuk dibincangkan pada sidang kemuncak itu ketika beberapa serangan penggodaman berprofil tinggi dilakukan terhadap infrastruktur AS.

Meskipun ada yang mendakwa Rusia terlibat namun, Moscow berulang kali menafikan semua tuduhan itu. - Bernama