Presiden POKB meninggal dunia

Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad
Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad
A
A
A

KOTA BHARU - Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad meninggal dunia pada jam 12 tengah hari tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Media dan Komunikasi POKB, Dr Johari Yap ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Menurut beliau, Allahyarham dipercayai mengalami masalah jantung serta buah pinggang dan sering mendapatkan rawatan di hospital sejak akhir-akhir ini.

"Kami di POKB kehilangan permata yang cukup berharga dan tiada gantinya. Dedikasi dan sikap arwah yang suka membantu masyarakat serta menjaga kebajikan rakyat Kelantan amatlah disanjungi.

"Semoga urusan arwah dipermudahkan dan ditempatkan bersama para solihin," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Allahyarham menghembus nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bunut Payong selepas solat Asar.

Artikel Berkaitan: