X

Kindly register in order to view this article
!

Gerobok Rezeki Opah Minah

A
A

Penduduk Kampung Tua, Tanjung Belanja, Rajamah Man, 56, (kiri) mengambil makanan seperti sardin, beras dan gula sambil dibantu Ahmad Shahriman Ahamad Tekmizi, 37, di Gerobok Rezeki Opah Minah.

Rajamah bersyukur terdapat individu yang prihatin dengan golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ketika ini terutama yang kehilangan pekerjaan.

Cucu sulung Opah Minah, Ahmad Mizuan Ahamad Tekmizi, 39, meneruskan amalan peninggalan Allahyarhamah Aminah Abdul Zabry yang suka bersedekah. Ahli keluarganya mengambil inisiatif membina sebuah pondok yang menyediakan makanan asas percuma untuk penduduk kampung sejak April lalu.

Ahmad Mizuan berkata nama gerobok berkenaan diberi sebagai mengenang jasa neneknya yang membesarkan beliau dan tiga lagi adik lelaki di kampung berkenaan sebelum meninggal dunia pada 2018 ketika berusia 81 tahun. - Foto Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!