19 terbunuh trak terhumban dalam sungai

Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan lima yang lain cedera selepas trak dinaiki terbalik dan terhumban ke dalam sungai di daerah Mungwi di utara Zambia pada Rabu. Foto Agensi Anadolu
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan lima yang lain cedera selepas trak dinaiki terbalik dan terhumban ke dalam sungai di daerah Mungwi di utara Zambia pada Rabu. Foto Agensi Anadolu
A
A
A

LUSAKA - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan lima yang lain cedera selepas trak dinaiki terbalik dan terhumban ke dalam sungai di daerah Mungwi di utara Zambia pada Rabu.

Menurut Agensi Anadolu, Ketua Polis Daerah, Jestus Nsokolo dalam satu kenyataan berkata, trak yang membawa 57 penumpang kebanyakannya peniaga telefon bimbit hilang kawalan akibat dipandu laju serta lebih muatan.

Menurut beliau, pemandu trak itu melarikan diri.

Menzahirkan kesedihan berikutan kemalangan itu, timbalan pengurus kempen wilayah untuk parti Front Patriotik Presiden Edgar Lungu mengumumkan kempen untuk pilihan raya umum pada Ogos ini ditangguhkan sementara sebagai menghormati keluarga dan mangsa yang terkorban. - Bernama

Artikel Berkaitan: