X

Kindly register in order to view this article
!

Mancini yakin Itali juara Euro 2020

Mancini ketika memberikan arahan kepada pemainnya ketika perlawanan menentang Switzerland.
A
A

PENGENDALI Itali, Roberto Mancini percaya saingan sengit bakal dilihat dalam kempen Euro 2020 kali ini dengan beberapa pasukan mampu untuk menjadi juara kejuaraan Eropah itu.

Menurutnya, Itali juga mempunyai peluang cerah untuk menjadi juara apabila menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat ke kelompok 16 terakhir Euro 2020 selepas menundukkan Switzerland 3-0 di Rom pada awal pagi Khamis.

"Dalam kejohanan Eropah ada pasukan seperti Perancis, Portugal dan Belgium - salah satu daripada mereka adalah juara dunia, juara Euro dan juga pasukan nombor satu dunia.

"Kesemua pasukan itu dibentuk dan telah bersama sejak beberapa tahun. Sudah tentu mereka mempunyai kelebihan berbanding kami, namun apa juga boleh terjadi dalam bola sepak. Anda tidak boleh ambil mudah dan kami juga berpeluang mengejutkan pasukan lain," katanya.

Dalam perlawanan itu, Manuel Locatelli meledak dua gol pada minit ke-26 dan ke-52 disusuli gol Ciro Immobile pada minit ke-89 untuk mengesahkan tiga mata buat pasukan itu sekali gus gah berada di kedudukan teratas Kumpulan A.

Dengan kemenangan ke atas Switzerland itu, Itali kini dengan rekod 29 perlawanan tanpa kalah sejak berada di bawah bimbingan Roberto Mancini.

Namun, kemenangan itu turut dibayangi dengan kecederaan kapten pasukan, Giorgio Chiellini terpaksa dikeluarkan pada babak pertama selepas cedera di bahagian paha, empat minit selepas jaringannya pada minit ke-20 dibatalkan pengadil kerana terkena tangan.

"Setiap perlawanan sangat sukar, anda perlu keluar ke sana dan bermain dengan baik. Saya sangat bertuah kerana mempunyai pemain yang bagus serta menikmati perlawanan yang diharungi mereka.

"Pemain layak untuk mendapat kredit atas usaha keras mereka. Saya hanya mengaplikasikan taktikal dan perjalanan kami masih jauh," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!