X

Kindly register in order to view this article
!

Pahang lulus tambahan rizab penempatan orang asli Bateq

atuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang meluluskan tanah seluas 7.014 hektar sebagai tambahan rizab penempatan orang asli suku Bateq di Kampung Orang Asli Bechah Kelubi, Lipis.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kelulusan dibuat di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) itu bertujuan meluaskan lagi penempatan orang asli suku Bateq yang telah lama menetap di situ.

"Kawasan yang dipohon merupakan tambahan kepada kawasan penempatan bagi 163 orang asli di Kampung Bechah Kelubi seluas dua hektar ketika ini.

"Sebanyak 20 rumah telah didirikan di kawasan itu dengan bantuan kerajaan selain mereka juga mengusahakan dusun dan getah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Wan Rosdy, kelulusan dibuat di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) itu bagi bertujuan penempatan orang asli suku Bateq yang telah lama menetap di situ.

Usaha ini kata Wan Rosdy, dapat menghalang cubaan penerokaan tanah secara haram oleh pihak luar di kawasan penempatan orang asli itu.

"Rizab ini juga sebagai tanda kerajaan negeri mengiktiraf hak, memelihara dan melindungi tanah-tanah orang asli suku berkenaan yang telah diduduki secara tetap selama ini," katanya.

Tambah beliau, keputusan kerajaan negeri itu diharap memberi kelegaan dalam kalangan orang asli suku Bateq Bechah Kelubi untuk meneruskan kehidupan harian dengan selesa dan sejahtera.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!