Nukilan Nora buat Ney Ney

Nora, Nedim dan NeyNey - Foto Instagram Nora Danish
Nora, Nedim dan NeyNey - Foto Instagram Nora Danish
A
A
A

HARI ini, anak kedua Nora Danish, Mohamed Neqayl Nedim atau lebih dikenali dengan panggilan NeyNey menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya.

Dan sempena hari istimewanya itu, Nora menitipkan nukilan istimewa tentang anak hasil perkahwinan keduanya bersama Nedim Nazri itu.

"Hari ini hari lahir pertama awak. Satu tahun yang penuh dalam hidup kami. Satu tahun memegang awak, mencium awak, memeluk awak, memberi awak makan, mendodoikan awak, menukar lampin awak, melihat awak membesar.

"Awak keluar dengan tergesa-gesa, lapan bulan dah keluar. Phew!! Tak sabar betul anak mommy. Tapi awak kuat dan sihat. Alhamdulillah.

"Kami telah melihat awak belajar untuk memegang kepala, meniarap, merangkak dan berjalan sepanjang sofa," tulisnya.

Nora, Nedim dan anak-anak mereka - Foto Instagram Nora Danish
Nora, Nedim dan anak-anak mereka - Foto Instagram Nora Danish

Justeru ujar pelakon ini, dia berharap sempena hari pertama anaknya itu, Neqayl akan terus memberkati mereka dengan gelak tawa, rasa ingin tahu, kegembiraan dan kasih sayang.

"You are the final piece to this NENO puzzle. So thank you for the wonderful memories of this past year and I cannot wait to see what this year brings. We love u son," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Nora sebelum ini berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal Ramli.