X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki bunuh, makan mayat ibu dijel 15 tahun

Alberto Sanchez, 28, ditangkap pada Februari 2019 dan perbicaraan terhadapnya dimulakan pada April tahun sama.
A
A

MADRID- Seorang lelaki dihukum penjara lebih 15 tahun selepas didapati bersalah kerana membunuh dan makan mayat ibunya di kediaman mereka di Madrid, Sepanyol.

Alberto Sanchez Gomez membunuh ibunya sebelum mengerat mayat dan memakannya selama lebih 15 hari dalam kejadian pada awal tahun 2019.

Mangsa yang tidak disebut nama dalam pernyataan mahkamah dikenal pasti oleh media tempatan sebagai Maria Soledad Gomez.

Alberto Sanchez, 28, ditangkap pada Februari 2019 dan perbicaraan terhadapnya dimulakan pada April tahun sama.

Dia dijatuhi hukuman 15 tahun kerana membunuh dan lima bulan kerana melakukan kekejaman terhadap mayat.

Polis menemui mayat mangsa di dalam bekas plastik selepas mangsa tidak dilihat jiran selama sebulan.

Alberto Sanchez yang digelar "Kanibal Las Ventas" mencekik ibunya hingga mati selepas kedua-dua mereka bertengkar.

Dia kemudian memotong mayat ibunya menggunakan gergaji tukang kayu dan dua pisau dapur.

Alberto Sanchez menyimpan beberapa bahagian mayat ibunya di dalam peti sejuk dan membuang bahagian lain ke dalam tong sampah serta diberi kepada anjing.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!