STAM 2020: 27 daripada 5,574 calon peroleh gred Mumtaz

Seramai 27 daripada 5,574 calon atau 0.5 peratus memperoleh gred Mumtaz (Cemerlang) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 yang diadakan dalam normal baharu ekoran penularan pandemik Covid-19. Gambar hiasan.

A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 27 daripada 5,574 calon atau 0.5 peratus memperoleh gred Mumtaz (Cemerlang) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 yang diadakan dalam normal baharu ekoran penularan pandemik Covid-19.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, calon yang mendapat gred Jayyid Jiddan (Sangat Baik) adalah seramai 227 orang atau 4.1 peratus.

"Calon yang memperoleh pangkat Jiddan (Baik) dan Maqbul (Lulus) pula masing-masing seramai 926 (16.6 peratus) dan 2,477 (44.4 peratus)," katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan STAM 2020 secara dalam talian pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: