Salah guna kuasa tanah

Dr Abdul Aziz Bari
Dr Abdul Aziz Bari
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri akan melakukan siasatan berhubung isu salah guna kuasa melibatkan tanah seluas 2,428 hektar yang diberikan kepada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar yang juga naib pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, siasatan berkenaan dibuat kerana isu tanah berkenaan dipercayai turut melibatkan salah guna kuasa.

Malah menurut Abdul Aziz, laporan audit daripada sebuah firma audit bertauliah yang diterima dua bulan lalu menunjukkan wujudnya penyelewangan atau salah guna kuasa terhadap tanah-tanah berkenaan.

“Tanah-tanah berkenaan kita dapati tidak diuruskan dengan baik oleh pentadbiran terdahulu dan laporan audit menunjukkan berlakunya penyelewengan.

“Berdasarkan laporan audit itu lagi, ada tanah-tanah berkenaan yang ketika ini dijadikan kawasan pertanian, perlombongan dan pembalakan,” katanya pada sidang media hari ini.

Abdul Aziz berkata demikian bagi mengulas berhubung krisis yang dikatakan sedang melanda USAS pada ketika ini.

Sementara itu, Abdul Aziz turut berharap pelantikan Naib Canselor baharu USAS kelak akan dapat membantu menangani pelbagai isu di USAS.

“Pelbagai isu seperti penganiayaan kakitangan (pemecatan sewenang-wenangnya), dasar-dasar yang tidak perlu, pelantikan yang tidak sepatutnya serta jawatan-jawatan yang tidak perlu wujud di USAS.

Artikel Berkaitan:

“Semoga Naib Canselor baharu akan dapat memberikan tumpuan dan seterusnya mengangkat kembali USAS,” katanya.