X

Kindly register in order to view this article
!

Wales kembali nyala impian

Ramsey menyumbang gol pertama Wales di Stadium Olimpik Baku awal pagi tadi.
A
A

WALES menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2020 selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Turki di Stadium Olimpik Baku awal pagi tadi.

Aaron Ramsey dan Connor Roberts masing-masing menyumbang satu gol, sekali gus meletakkan Wales di tangga kedua Kumpulan A apabila mengumpul empat mata selepas terikat 1-1 dengan Switzerland pada aksi pertama.

Sebaliknya, keputusan itu turut menyaksikan Turki mengalami kekalahan dalam kedua-dua perlawanan saingan Kumpulan A tanpa merekodkan sebarang gol.

Wales seharusnya menang dengan jaringan lebih besar, namun gagal menyudahkan dengan baik beberapa peluang terhidang termasuk kegagalan kapten, Gareth Bale menyempurnakan sepakan penalti pada babak kedua.

"Kemenangan ini membolehkan kami berada dalam kedudukan lebih selesa. Ternyata penyokong yang hadir memberikan semangat kepada kami untuk beraksi dengan lebih baik.

"Penyokong sangat luar biasa. Saya sedar majoriti daripada mereka merupakan rakyat Turki, tetapi penyokong Wales sangat menakjubkan," kata Bale.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!