Itali tepati ramalan

Locatelli meraikan jaringannya di Stadio Olimpico awal pagi tadi.
Locatelli meraikan jaringannya di Stadio Olimpico awal pagi tadi.
A
A
A

SEPERTI diramal, Itali muncul pasukan pertama mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2020 selepas membelasah Switzerland 3-0 pada aksi kedua Kumpulan A di Rom awal pagi tadi.

Manuel Locatelli meledak dua gol masing-masing pada minit ke-26 dan 52 sebelum jaringan Ciro Immobile seminit sebelum perlawanan berakhir mengesahkan kemenangan bergaya The Azzurri.

Dalam aksi di Stadio Olimpico, Rom itu, kapten Itali, Giorgio Chiellini terpaksa dikeluarkan pada babak pertama selepas cedera pada bahagian paha - empat minit selepas jaringannya dibatalkan pengadil kerana terkena tangan.

Dengan kemenangan ke tas Switzerland itu, Itali kini terus gah dengan rekod 29 perlawanan tanpa kalah sejak berada di bawah bimbingan Roberto Mancini.

"Saya sudah jangka Switzerland sebuah pasukan yang kuat. Ia merupakan satu perlawanan yang sukar. Kami sepatutnya dapat menjaringkan gol lebih awal tetapi saya gembira kerana akhirnya kami menang.

"Secara keseluruhan, pasukan beraksi baik. Kami sememangnya mahu mengutip mata penuh dan bukan mudah untuk menang perlawanan kedua dalam tempoh lima hari," jelas Mancini.

Artikel Berkaitan: