Tindakan Anzalna dipuji ramai

Anzalna Nasir - Foto Instagram Anzalna
Anzalna Nasir - Foto Instagram Anzalna
A
A
A

PELAKON cantik, Anzalna Nasir telah menyambut ulang tahun perkahwinan ketiganya semalam.

Namun apa yang menariknya, Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki, telah menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka dengan cara berbeza apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah untuk ibu bapa Anzalna.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Anzalna bersama Hanif dan adik beradik serta ibu bapanya hadir ke sebuah pusat pameran kereta dengan alasan mahu mengambil kereta yang dihadiahkan Hanif kepadanya.

Lucunya, semua turut berkomplot tanpa diketahui ibu dan bapa Anzalna dan momen tersebut seterusnya bertukar manis, istimewa dan sebak apabila Anzalna memberitahu kereta tersebut telah dihadiahkan kepada ibu dan bapanya.

"Tak perlu tunggu kaya untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita. Kebahagiaan itu bukan terletak pada ‘benda’ yang kita beri, akan tetapi bersandar di atas sebuah tulus ingatan.

"Terlalu banyak pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Sebagai anak, jangan sesekali kita lupa untuk terus berbakti kepada mereka walaupun kita sudah ada kehidupan sendiri.

"Always remember this, kebahagiaan itu bukan di atas kekayaan, dan tidak akan jatuh miskin jika kita menolong kedua ibu bapa.

"Jangan pernah takut untuk memberi. Santunilah Ibu bapamu sementara mereka masih ada," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Tindakan Anzalna itu mendapat pujian ramai kerana kebiasaannya setiap pasangan akan cuba menghimpun momen romantis bersama ketika ulang tahun perkahwinan.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan kini aktres tersebut sedang hamil anak pertama mereka.