X

Kindly register in order to view this article
!

Ummah desak Suhakam henti kajian iktiraf jantina ketiga

Mohd Zai
A
A

SHAH ALAM - Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menghentikan cadangan kajian mengiktiraf jantina ketiga atau 'third gender' di Malaysia atau menukar pengerusinya.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa mendakwa adakah tujuan kajian 'third gender' yang dilakukan berniat untuk mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Beliau berkata, sekiranya perkara ini berlaku, maka menjadi satu bencana amat dahsyat buat negara yang mengamalkan Islam sebagai agama rasmi Perlembagaan Persekutuan.

"Jika begini sikap yang dibawa oleh pihak Suhakam, adalah bagus wawasan dan pengerusi Suhakam perlu disemak dan ditukar sekiranya tidak dapat memahami identiti, agama, budaya negara ini.

"Berhentilah daripada usaha mencabul keharmonian negara. Masih banyak lagi usaha lain yang boleh dibuat menyumbang manfaat kepada negara," tulisnya di Facebook Gerakan Pembela Ummah pada Rabu.

Pada Isnin, Suhakam melalui Facebook rasminya mengiklankan pencarian penyelidik untuk membuat kajian mengenai 'Feasibility of having legistation on the recognition of a third gender in Malaysia'.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!